Thursday, 6 August 2015
Wayang filem To the Fore oleh Pengarah filem Dante Lam
Wayang filem To the Fore oleh Pengarah filem Dante Lam memang dinanti-nantikan oleh pengemar sukan berbasikal jalan raya. Filem ini membuatkan saya sebagai penonton dan pengayuh basikal melonjak kegembiraan kerana memang ianya merupakan filem hasil orang asia, di mana kita melihat watak wataknya menyerupai kita dari segi susuk badan kita, saiz basikal dan kawasan kayuhan.
Pelakon utamanya Ming, Tian, Zhiyuan dan Shiyao dikembangkan dengan baik setiap wataknya. Sudut cerita watak-watak ini dikembangkan dari segi cita-cita, kelakuan, perubahan dari segi masa serta setiap kekuatan dan kelemahan seseorang. Pengarah memasukkan banyak bahagian emosi , masalah yang biasa dihadapi di dalam pertandingan, Pengurusan kelab, kejayaan sesuatu acara serta unsur unsur penipuan perlumbaan dilakonkan di sini. Saya ada terasa pipiku basah kerana ada sebahagian cerita ini berkait rapat dengan kehidupan saya. Nasib baik cinema itu gelap, takut orang lain ternampak saya.
Babak romantiknya cukup menarik, mengingatkan masa saya mengejar isteri saya dahulu.
Saya cukup teruja dengan jalan ceritanya yang penuh dengan agedan kejar mengejar, mendaki bukit, kecederaan yang menyakitkan dan memang ianya sakit,luka lama saya tak sembuh lagi, oleh itu saya merasai kesakitan mereka.
Persahabatan yang erat antara pasukan dan cinta yang berputik antara watak utama itu membuatkan filem ini bukan sahaja melibatkan basikal sahaja tapi kehidupan manusia biasa.
Tempat tempat scenic yang cantik dan sesuai untuk aktiviti berbasikal ini bukan sahaja membuatkan saya suka menontonnya, malah saya bercadang untuk melawat tempat tempat tersebut pada masa akan datang. Saya juga dapat melihat keindahan setiap kawasan dan di samping itu melihat teknologi yang digunakan untuk membuat pengambaran ini. Banyak kamera berdefinasi tinggi digunakan, dipasangkan pada pelbagai posisi untuk tangkapan imej watak dan aksi yang tengah dirasai oleh pengayuh dapat dirasai oleh penonton sendiri. Teriakan pada penghujung sprinting, pengalaman nyaris maut dan kesakitan daripada luka jelas dipaparkan . ini adalah sesuatu yang jarang dirasai oleh penonton biasa. Bagi saya setiap aksi ini sangat benar kerana saya pun mengalaminya sewaktu berjambori MTB .
Penggunaan Basikal Merida jelas terpampang kerana penajaan lebih daripada 400 biji basikal dalam pembikinan filem ini. Basikal Merida cukup ternama di dalam pasaran dunia dan ini sekaligus membuatkan kualiti keseluruhan perlumbaan Nampak professional dan boleh dibandingkan dengan Giro di Itali. Kepelbagaian jenis pelumbaan sama ada di pusat Bandar, di luar kawasan lereng gunung, tepi persisiran pantai, Keirin dan kawasan gurun menceritakan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pelumba jalan raya. Bukan setiap atlit basikal kuat pada semua bahagian. Oleh itu dapat dirasakan kekuatan rider pada bahagian bahagian pelumbaan. Saya kuat pada pendakian , jadi agedan mendaki tu memang menusuk jiwa saya semas gambaran mendaki gunung di Taiwan. Saya rasa saya perlu mendaki gunung itu pada masa akan datang.
Saya rasa pembikinan filem ini banyak memberikan manfaat kepada bakal pelumba basikal ataupun yang ingin menjaga kesihatan. Semangat yang utuh dan tidak mudah untuk berputus asa pada setiap karater, sedikit sebanyak menaikkan semangat untuk terus Berjaya dan menjadi yang terbaik. Kesihatan daripada berbasikal ini boleh menjadikan kita berasa cergas dan aktif. Aktiviti seharian seperti kerja di pejabat yang menjadikan kita pasif dan banyak terkumpul lemak di bawah kulit ini harus kita imbangi dengan berbasikal atau bersenam selalu.
Terserempak sahabatku Engku Iskandar, photog Cycling Malaysia
With Cycling buddy Tan Soon Soon
Filem ini memang disarankan untuk semua. Rider basikal atau tidak, dua jam setengah ini tak cukup untuk kita menyaksikan aksi nya. Masa seterusnya untuk kerja, rehat dan senaman juga sebagai pemangkin hidup yang seimbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment