Friday 14 August 2015

Guardian Malaysia Memeriahkan Suasana Bulan Ramadan

DSC03505
Guardian Malaysia memeriahkan suasana bulan Ramadan dengan mengadakan jamuan malam aidilfitri bersama Guardian. Saya sekeluarga dijemput bersama sama dengan 100 anak anak daripada 3 buah rumah kebajikan untuk memeriahkan suasana. Antaranya ialah dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha, dan Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah. Setiap Rumah mennerima Baucer Bernilai RM10,000 dan mereka bolehlah menembus nilainya dengan barangan keperluan di Guardian kelak.
DSC03561
Terima Kasih Guardian atas sumbangan iklas dan saya harap ianya akan berkekalan pada masa akan datang. Kami semua disajikan dengan makanan raya yang enak, kepelbagaian dalam menu seperti spagati yang dimasak oleh chef juga memberikan kelainanan selain juadah raya, contohnya rendang, kambing. sayur lodeh, rending, serunding, lemang, ketupat dan sebagainya
GuardianMY-The children smitten by Aiman Hakim
 Saya dapat merasakan kemeriahan dan muka budak berseri seri memakai pakaian baru, turut serta jemputan Guardian kepada kami untuk bersama sama dengan ahli peniagaan Guardian yang lain. Sebelum kami menjamu selera, kami dihidangkan dengan pelbagai aktiviti seperti Photobooth, Lukisan karikatur oleh artis tempatan. Ayaman Ketupat juga turut diajar dan anak anak kecil kami berpeluang untuk belajar mengayam Ketupat. Fuh! Bukan mudah untuk belajar melakukannya. Apapun ianya usaha terbaik untuk meneruskan tradisi dan keriangan bersama.Dendangan musik raya secara live juga dimainkan di tepi pintu besar dewan memang mengasyikkan. Anak kecil saya tak nak berganjak daripada mereka kerana minatnya dengan gendang dan alat musik. Memang terbaiklah persembahan mereka ni!

DSC03500
Tiket wayang percuma juga diberikan dan ianya ditaja oleh MCT Berhad. Permandangan di luar dewan juga begitu indah untuk dinikmati dengan angina segar dan kencang! Langkap yang menarik dan indah menjadikan venue yang dipilih ini sesuai untuk majlis keramaian. Tetamu juga boleh menyampaikan mesej bermotivasi kepada kanak kanak jemputan dengan anak patung untuk mereka dibawa pulang. Suasana dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu raya serta tarian oleh penari penari tradisional.

GuardianMY Mktg Dir Christina Low presenting vouchers
Kami cukup puas dengan sajian makanan. Makan lebih daripada sepatutnya, tapi bagi saya sebagai atlit, satu latihan kayuhan yang kuat mampu membakar semua kalori yang dibawa balik bersama. Kenangan malam Aidilfitri ini tak akan saya lupakan dan diharap jemputan akan datang pada raya baru kelak. Sekian!

No comments:

Post a Comment