Wednesday 26 August 2015

Kasut Medifeet Untuk Keselesaan Optimum!

Untitled
Kasut medifeet yang saya terima ini adalah sebagai review semata mata.
Pendapat yang diberikan adalah daripada pengalaman saya sendiri sewaktu menguji dan memakainya.


DSC04333 Kasut Medifeet, kenapa ada perkataan Medi? Mungkin anda ada berpendapat ianya untuk golongan pesakit atau yang ada masalah kesihatan kaki. Bagi saya, kasut Medifeet ini adalah kasut yang boleh menjaga kaki saya dengan baik. Keselesaan memakai kasut ini dengan alas kasut yang membentuk rupa bentuk kaki kita apabila memakainya. Kasut ini bukan sahaja mudah dibersihkan dengan hanya membilasnya dengan air. 

Untitled
Bahagian dalaman kasut tidak mempunyai jahitan yang boleh mengikis kulit kaki. Ini Penting bagi pesakit diabetik yang mana kaki mereka tidak boleh mengalami sebarang geseran. Kulit mereka amatlah smudah tergores oleh kasut yang ketat atau tidak sesuai. Bahagian yang berlipat di depan tapak kaki boleh dilipat tanpa mengakibatkan rekahan ataupun garisan. Mickofibernya bertindak baik dengan pergerakan kita apabila berjalan atau berlari.


DSC04317
Saya sebagai seorang atlit berbasikal sangat mementingkan kaki saya. Penggunaan kasut Medifeet ini membolehkan postur badan saya dijaga dengan baik serta bahagian depan jari kaki mempunyai ruanagan yang selesa untuk saya melakukan tugas seharian. Alas Kasut menggunakan PORON yang dibuat dari America dan membantu dalam penyerapan hentakan yang baik. Saya merasakan kasut ini membantu dalam mengimbangi badan dengan seeloknya kerana terdapat arch kasut yang sederhana tinggi dan membantu merehatkan tapak bawah kaki.

Untitled
Gaya muda dan modem pada kasut itu membuatkan saya suka memakainya ke mana mana tempat. Malah jarak berjalan dapat ditambah dan keselesaannya menyegarkan kaki dan bukan sebaliknya.

Untitled

Anda bolehlah memilih kasut Medifeet kerana keselesaan dan faktor kesihatan yang diutamankan pengeluarnya. Kualiti yang tinggi menjadikan kasut ni sesuai untuk setiap lapisan masyarakat. Penjagaan kaki yang baik perlu dimulakan pada peringkat kecil. Saya syorkan kasut ini untuk membetulkan postur di samping menjaga kesihatan kaki. Yang sihat atau tidak, semua orang pasti teruja memakainya!


Untitled

Untuk maklumat lebih lanjut, Medifeet on Facebook.

No comments:

Post a Comment