Monday 24 August 2015

Seminar Percuma di Malaysia IT Fair 2015

Untitled
Seminar Percuma di Malaysia IT Fair berlansung pada 28 hingga 31 Ogos 2015
Di Midvalley , MVEC atau Midvalley Exhibition Centre.

Jarang dapat kita hadiri sesuatu seminar secara percuma, tapi untuk pameran IT yang berlangsung minggu ini, anda hanya perlu mendaftar diri secara percuma dan menghadiri seminar yang diadakan pada slot masa tertentu. Usahawan yang muda lagi terkemuka sudi mengongsikan pengalaman dan kejayaan mereka kepada anda! Pelbagai jenis seminar daripada industri tertentu boleh dipilih dan disesuaikan mengikut jurusan anda! kalau kelapangan anda boleh daftarkan kesemua seminar tersebut!
Untitled
Encik Aaron Gill  ataupun co founder aplikasinya MyTeksi memang sudah tak asing lagi bagi Pengguna teksi kini. Beliau akan berkongsi dalam seminarnya kejayaan dan memberikan inspirasi kepada mereka yang telah mendaftar. Adakah anda menggunakan app My Teksi untuk menempah teksi? Dalam seminar ini Encik Aaron ingin membolehkan pengguna teksi menggunakan langkah mudah untuk menempah teksi, Keselamatan Pengguna serta pengalaman yang lebih selesa apabila menaiki teksi. MyTeksi telah banyak menukar industri pengangkutan dan anda boleh mendapatkan idea serta pendapatnya apabila and mendaftar! 

Untitled
Begitu juga dengan para usahawan lain yang tidak sabar sabar lagi berkongsi kejayaan mereka dengan anda! Seminar berkait GST, sistem Cloud Computer serta penyelesaian ataupun solusi turut diadakan. Sepanjang hari pelbagai seminar dijalankan dan harap anda yang berminat boleh membuat pendaftaran segera! Ajaklah mereka yang berminat untuk menyertainya bersama anda!

Cubalah daftar untuk seminar seminar ini di:




No comments:

Post a Comment